Berita Terkini
← Back to list
Malaysia perlu raih lebih 7 pingat emas untuk berada dalam kelompok sepuluh terbaik di Indonesia
Aug 10, 2018
Malaysia perlu raih lebih 7 pingat emas untuk berada dalam kelompok sepuluh terbaik di Indonesia
Foto - Stadium ASTRO
Kontinjen negara perlu raih lebih tujuh pingat emas untuk berada dalam kelompok sepuluh terbaik pada Sukan Asia Indonesia.
Presiden MOM, Dato' Seri Norza Zakaria berkata berdasarkan persiapan kontinjen negara, sasaran yang diberikan iaitu tujuh pingat emas bukanlah satu tekanan kepada atlet.
Malah katanya, seperti yang diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia berpotensi untuk raih sehinga 11 pingat emas.
-----
CDM yakin capai sasaran 7 pingat emas di Sukan Asia
Foto - Stadium ASTRO
Sementara itu, Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi yakin Malaysia mampu capai sasaran tujuh pingat emas pada temasya berkenaan.
Katanya, sasaran itu realistik kerana ia ditetapkan selepas mengambil kira persiapan rapi, prestasi semasa dan kemampuan atlet negara.
Tambahnya, sukan berbasikal, karate, sepak takraw, pencak silat dan tenpin boling antara prospek kilauan emas untuk Malaysia.
-----
Malaysia sedia berdepan panel timbang-tara Sukan Asia berhubung penyertaan sepak takraw
Foto - Stadium ASTRO
Malaysia sedia berdepan panel timbang-tara Sukan Asia sebagai jalan terakhir bagi pastikan skuad sepak takraw negara beraksi dalam acara regu lelaki di Inonesia.
Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi berkata, sehingga kini masih tiada sebarang berita mengenai penyertaan regu negara.
Skuad sepak takraw Malaysia masih belum disenarai dalam acara regu lelaki selepas selesai majlis undian, bulan lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm