Berita Terkini
← Back to list
Malaysia pertaruh barisan terkuat berdepan Kazakhstan.
Feb 12, 2020
Foto : Stadium Astro
Malaysia akan turunkan barisan terkuat berdepan Kazakhstan pada aksi pembukaan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia hari ini.
Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata keputusan itu dibuat kerana enggan pandang rendah dengan kemampuan negara Asia Tengah itu.
Foto : Stadium Astro
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia akan diturunkan sebagai perseorangan pertama. Manakala Cheam June Wei dan Leong Jun Hao masing-masing diturunkan sebagai perseorangan kedua dan ketiga.
Beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi yik pula akan turun sebagai beregu pertama dan Nur Izzzuddin Rumsani-Goh Sze Fei sebagai beregu kedua.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm