Berita Terkini
← Back to list
Malaysia raih pingat emas ke-6 Sukan Asia
Sep 01, 2018
Malaysia raih pingat emas ke-6 Sukan Asia
Foto - NST
Sukan kapal layar hadiahkan satu emas, satu perak dan tiga gangsa buat Malaysia di Sukan Asia Jakarta-Palembang, semalam.
Turut sumbang gangsa, jaguh basikal trek Azizulhasni Awang dalam acara keirin, Chew Yiwei dalam acara terjun 3 meter papan anjal lelaki dan skuash berpasukan wanita.
Kutipan pingat itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul 6 emas, 12 perak dan 15 gangsa, kurang satu emas daripada sasaran yang ditetapkan.
-----
Suku akhir Piala Malaysia: Kumpulan C masih terbuka
Foto - Sports247
Peluang pasukan-pasukan dalam Kumpulan C melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, semakin terbuka.
Tamat perlawanan kelima semalam, MIFA yang seri tanpa jaringan dengan Kelantan berkongsi 8 mata dengan Kedah yang membenam JDT 3-1.
Juara bertahan itu kini menghuni tangga ketiga dengan enam mata manakala Kelantan kutip lima mata.
-----
Nicol David Pemain Terbaik Sepanjang Zaman
Foto - psaworldtour
Datuk Nicol David diundi Pemain Skuash Wanita Terbaik Sepanjang Zaman oleh peminat di laman web PSA World Tour.
Ia berikutan kejayaan atlet yang berasal dari Pulau Pinang itu merangkul 8 kejuaraan dunia dan kejuaraan Terbuka Britian.
Malah, Nicol juga menduduki ranking pemain wanita nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm