Berita Terkini
← Back to list
Malaysia raih pingat pertama pada saingan Sukan Asia semalam.
Aug 20, 2018
Malaysia raih 1 gangsa pada saingan Sukan Asia 2018 di Indonesia semalam menerusi atlet taekwondo, Yap Khim Wen menerusi acara individu wanita poomsae.
Menurut Khim Wen, dia berpuas hati dengan pencapaian itu namun mampu lakukan lebih baik sekiranya kecederaan lama pada lutut dan buku lali tidak mengganggu persembahannya pada saingan separuh akhir.
Dalam pada itu, skuad badminton lelaki negara tersingkir pada pusingan pertama selepas tumpas kepada Jepun 3-0.
Skuad hoki wanita negara pula berpesta gol apabila tundukkan Hong Kong 8-0 dalam aksi pembukaan kumpulan B.
Sementara itu, skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan selepas benam Korea Selatan 3-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm