Berita Terkini
← Back to list
Malaysia terima tonik terbaik menjelang aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022.
Jun 03, 2019
Malaysia tewaskan Nepal 2-0 pada aksi persahabatan bola sepak antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Gol skuad Harimau Malaya dijaringkan penyerang, Safawi Rasid dan juga pertahanan, Shahrul Saad pada babak kedua.
Pengendalinya, Tan Cheng Hoe akui, kemenangan tersebut meningkatkan lagi keyakinan anak buahnya menjelang aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste 7 dan 11 Jun ini.
Namun, Cheng Hoe tegaskan sebelum berdepan Timor Leste, Harimau Malaya perlu perbaiki prestasi mereka terutamanya ketajaman barisan serangannya.
Ini merupakan kemenangan kedua skuad negara ke atas lawan yang miliki ranking lebih tinggi, selepas tundukkan Afghanistan 2-1 pada kejohanan Piala Airmarine, Mac lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm