Berita Terkini
← Back to list
Man City tewas, Liverpool lega.
Jan 30, 2019
Manchester City pulang tangan kosong.
Mereka tewas 1-2 kepada Newcastle United pada pertemuan Liga Perdana Inggeris di tempat lawan.
Foto: Reuters
City mendahului hasil gol awal daripada Sergio Aguero pada separuh masa pertama, namun tuan rumah berjaya bangkit pada babak kedua perlawanan.
Skuad kendalian Pep Guardiola kekal 4 mata di belakang pendahulu, Liverpool FC.
Foto: Reuters
Sementara itu, Manchester United terikat 2 sama dengan Burnley di Old Trafford.
United nyaris tewas apabila ketinggalan 0-2, namun gol daripada Paul Pogba dan Victor Lindelof pada lewat permainan jadi penyelamat.
Foto: Reuters
Dalam satu lagi perlawanan, tuan rumah, Arsenal tumpaskan Cardiff City 2-1 hasil jaringan Pierre Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm