Berita Terkini
← Back to list
Manchester City mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris!
Jun 29, 2020
Manchester City tewaskan Newcastle 2-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris!
Gol pertama City dijaringkan oleh Kevin De Bruyne sebelum Raheem Sterling melengkapkan kemenangan pada babak kedua perlawanan.
Turut mara adalah Arsenal yang kalahkan Sheffield United 2-1, dan Chelsea menang tipis 1-0 ke atas Leicester.
Arsenal akan bertemu Manchester City manakala Chelsea bakal menentang Manchester United pada aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung 18 Julai ini.
FAM dan MFL akan bincang SOP sesuai jika penyokong dibenarkan masuk ke stadium.
FAM akan berbincang dengan MFL untuk tetapkan SOP yang bersesuaian jika kerajaan benarkan penyokong ke stadium apabila saingan Liga Malaysia bermula.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam anggap pertimbangan kerajaan untuk benarkan kemasukan penyokong sebagai petunjuk saingan Liga Malaysia akan disambung semula seawal Ogos ini.
KAFA kini diuruskan oleh Naib Presidennya, Datuk Shaari Mat Hussain.
Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya berehat buat sementara waktu daripada menguruskan persatuan itu yang dihimpit isu kewangan.
Tugas mereka kini digalas oleh Naib Presiden, Datuk Shaari Mat Hussain berkuatkuasa serta-merta.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm