Berita Terkini
← Back to list
Marc Marquez disahkan cergas
Oct 04, 2019
Marc Marquez disahkan cergas
Foto -Twitter Marc Marquez
Penunggang MotoGP Honda, Marc Marquez disahkan cergas untuk berlumba pada GP Thailand, hujung minggu ini.
Pendahulu kejuaraan itu alami kemalangan serius pada sesi latihan bebas pertama sehingga terpaksa dibawa ke hospital.
Kemenangan di Buriram, Ahad ini bakal menyaksikan Marquez dinobat juara dunia MotoGP buat kali keenam.
-----
Misi skuad hoki remaja di SOJC 2019
Foto - Sultan of Johor Cup
Jurulatih skuad hoki remaja, Nor Saiful Zaini Nasirudin akan gunakan Kejohanan hoki Piala Sultan Johor sebagai medan terakhir memilih pemain ke Piala Dunia Remaja di Bangladesh, tahun depan.
Malah katanya, misi kali ini adalah untuk berada di podium selepas sekadar menamatkan saingan tahun lalu di tempat kelima.
Untuk edisi kali ini, Nor Saiful membariskan 20 pemain dan hanya seorang sahaja pemain lebih umur iaitu Sulaiman Abdul Razak yang kini berusia 21 tahun.
----
Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Siri Dua pecah 48 rekod kebangsaan
Foto - dailyexpress
Sejumlah 48 rekod kebangsaan berjaya diperbaharui pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Siri Dua di Segamat, Johor yang berakhir dua hari lepas.
Daripada jumlah itu, 21 rekod kebangsaan kategori lelaki diperbaharui sementara kategori wanita pula melibatkan 27 rekod kebangsaan.
Antara rekod diperbaharui adalah kategori ‘snatch’ serta ‘clean & jerk’ remaja lelaki terbuka dengan angkatan keseluruhan seberat 328 kilogram menerusi atlet Perak, Muhd Hafiz Shamsuddin.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm