Berita Terkini
← Back to list
Mat Don sah sarung jersi Harimau Malaya
May 06, 2020
Mat Don sah sarung jersi Harimau Malaya
Foto - Johor Southern Tigers
Hasrat untuk melihat Liridon Krasniqi beraksi bersama skuad Harimau Malaya akhirnya menjadi kenyataan apabila pemain JDT itu kini sah bergelar pemain naturalisasi kedua negara.
Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pihaknya mendapat surat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
FAM bagaimanapun turut mengesahkan belum mendapat perkembangan daripada FIFA mengenai permohohan seorang lagi bakal pemain naturalisasi, Guilherme De Paula.
-----
Kapten Perak optimis ke ACL
Foto - Persatuan Bolasepak Malaysia
Kapten Perak, Shahrul Saad optimis The Bos Gaurus mampu raih keputusan positif andai kata Liga Super disambung semula September depan dengan format satu pusingan.
Namun katanya, tidak boleh ada ruang untuk terlepas sebarang mata memandangkan hanya tinggal tujuh perlawanan sahaja nanti untuk Perak memburu slot automatik ke Liga Juara-Juasa Asia.
Pemain pertahanan Harimau Malaya itu turut memuji usaha MFL untuk meneruskan saingan Liga M yang sebelum ini terpaksa dihentikan susulan penularan Covid-19.
-----
Impian besar S. Kisona
Foto - The Star
Pemain badminton perseorangan wanita negara, S Kisona memasang impian lebih besar selepas berjaya memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Manila, tahun lalu.
Kisona yang kini berusia 21 tahun, mula mencongak peluang beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris biarpun sedar sedar cabaran yang bakal dihadapinya bagi memburu slot ke temasya terbesar dunia itu.
Katanya kepada BHOnline, jika dia mampu konsisten mencipta kemenangan ke atas pemain utama dunia, dia percaya ia akan mudahkan misi untuk melonjakkan kedudukan ranking.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm