Berita Terkini
← Back to list
Menteri Belia dan Sukan dijangka umum perubahan drastik penyertaan atlet ke Sukan SEA Vietnam.
Dec 16, 2019
Menteri Belia dan Sukan dijangka umum perubahan drastik mengenai penyertaan atlet negara dalam Sukan SEA Vietnam 2021.
Chef-de-Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata ia susulan kegagalan Malaysia capai sasaran 70 pingat emas di Filipina.
Beberapa perkara katanya telah dicapai dan akan diumumkan selepas mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara.
Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia rancang untuk menghantar raja pecut Asia Tenggara, Mohd Haiqal Hanafi berlatih di luar negara.
Ia bagi memastikan pemenang pingat emas 100 meter Sukan SEA itu mampu catat masa lebih baik musim depan.
Pihaknya juga berhasrat untuk naikkan pangkat ketua jurulatih, Manshahar Abd Jalil sebagai pengarah teknikal badan induk itu.
Ia susulan kejayaan Manshahar capai sasaran 5 pingat emas pada Sukan SEA Filipina, baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm