Berita Terkini
← Back to list
Mohamad Ridzuan Puzi dinobatkan sebagai Atlet Para Terbaik Asia 2018!
Feb 06, 2019
Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi sekali lagi harumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Atlet Para Terbaik Asia 2018!
Foto: Berita Harian
Dik Wan terima anugerah berkenaan daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia pada majlis yang berlangsung di Dubai, awal pagi tadi.
Ridzuan cipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober lalu.
B. Sathianathan enggan lepaskan Syahmi Safari.
Ketua Jurulatih Selangor enggan lepaskan pemain sayapnya, Syahmi Safari untuk sertai kem latihan pusat skuad B-22 negara.
Jelas B. Sathianathan, ini kerana kerana khidmatnya amat diperlukan ketika saingan Liga Super sedang berlangsung.
Bagaimanapun, dia serahkan kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor untuk berbincang dengan wakil FAM mengenai perkara itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM minta semua pihak untuk beri kerjasama kepada Datuk Ong Kim Swee untuk himpunkan pemain terbaik bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja bermula 17 Februari ini.
Stuart Ramalingam berkata, jika pasukan masih enggan beri kerjasama, pengendali skuad B-23 negara itu perlu cari pemain lain sebagai pengganti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm