Berita Terkini
← Back to list
NFDP pertahankan tindakan Luqman Hakim
Sep 24, 2018
NFDP pertahankan tindakan Luqman Hakim
Foto - Berita Harian
NFDP pertahankan tindakan penyerang skuad bawah 16 negara, Luqman Hakim Shamsudin yang dilayangkan kad merah pada aksi kumpulan Kejuaraan AFC B16 menentang Thailand, semalam.
Menurut BHOnline, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safirul Azli Abu Bakar menegaskan, tindakan Luqman mengangkat kaki begitu tinggi bagi mendapatkan bola disifatkan lebih kepada reaksi biasa dan tidak berniat mencederakan pemain lawan.
Ini merupakan kad merah kedua yang dilayangkan kepada pemain negara selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel turut menerima kad merah pada aksi pertama menentang Tajikistan, minggu lepas.
-----
Lee Chong Wei mungkin bersara - Hendarawan
Foto - Stadium Astro
Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata, masih terlalu awal bagi membincangkan mengenai masa depan Datuk Lee Chong Wei.
Namun katanya, ada kemungkinan untuk pemain berusia 36 tahun itu yang kini menjalani rawatan kanser hidung peringkat awal untuk bersara.
Jelas Hendrawan, kesemua perkara babitkan perseorangan lelaki negara hanya akan dibincangkan selepas kepulangan Chong Wei.
-----
Mirnawan lega, skuad hoki negara kembali bangkit
Foto - Stadium Astro
Bekas kapten hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi lega dengan kebangkitan skuad negara pada Kejohanan Terbuka Antarabangsa Darwin.
Katanya kepada ARENA, kemenangan 4-0 ke atas Jepun membuktikan pemain sudah melupakan episod duka tewas kepada lawan sama di final Sukan Asia.
Tambah Mirnawan, berbekalkan kehadiran pemain-pemain remaja seperti Muhammad Haziq Samsul dan Najib Abu Hassan, mereka telah mempamerkan prestasi yang diinginkan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm