Berita Terkini
← Back to list
Nepal pilih JDT
Aug 16, 2019
Nepal pilih JDT
Foto - figueras.com
Skuad kebangsaan Nepal pilih JDT untuk uji kekuatan mereka sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, bulan depan.
Perlawanan persahabatan itu dijadualkan mengambil tempat di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada 26 Ogos ini.
Johorsoutherntigers melaporkan, untuk perlawanan itu nanti skuad Harimau Selatan bakal dibarisi pemain senior dan JDT II.
-----
Pahang waspada ancaman Sabah
Foto - New Sraits Times
Pahang waspada bertandang ke Kota Kinabalu untuk aksi kumpulan Piala Malaysia bertemu juara Liga Perdana, Sabah di Stadium Likas, malam esok.
Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Suffian Awang berkata, Sabah yang beraksi di laman sendiri pasti beri cabaran berbeza buat pasukannya.
Justeru katanya, mereka perlu tampil dengan aksi berhati-hati sambil berusaha mengekang asakan lawan dan seterusnya cuba menguasai perlawanan.
-----
The Fighters tak rela kecewa lagi
Foto - Stadium Astro
Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil tidak mahu pemainnya ulangi kesilapan sama apabila melayan kunjungan Melaka United untuk aksi kumpulan Piala Malaysia, esok.
Katanya, pemain di bahagian tengah dan pertahanan juga perlu lebih fokus dan tidak mudah hilang bola untuk mengelak dihukum pasukan lawan.
Skuad The Fighters sebelum ini tewas tipis 3-4 kepada PDRM biarpun selesa mendahului lawannya itu 3-1 pada suatu ketika.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm