Berita Terkini
← Back to list
Norizam Tukiman pemilik baru PSPS Riau
May 03, 2021
Norizam Tukiman pemilik baru PSPS Riau
Foto - PSPS Riau
Selepas memiliki Kelantan FC, usahawan dan pakar pelaburan, Norizam Tukiman terus melebarkan sayapnya dalam industri bola sepak di negara jiran .
Menerusi laman Facebooknya, Norizam mendedahkan, dia sudah selesai mengambil alih pasukan pasukan Liga 2 Indonesia, PSPS Riau.
Pasukan berpangkalan di Pekanbaru itu turut berkongsi khabar tersebut dan mengucapkan selamat datang kepada Norizam menerusi akaun Instagram mereka.
-----
Kurniawan enggan terlalu selesa
Foto - Bernama
Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto tidak mahu terlalu selesa menjelang aksi Liga Super bertemu Melaka United di laman sendiri, Rabu ini.
Sebaliknya, beliau mahu skuad Sang Badak mengekalkan momentum kerja keras pasukan seperti ketika menumbangkan Perak 2-1 di Likas, malam tadi.
Tambah Kurniawan, dia dan barisan kejurulatihan akan menilai pemain berdasarkan prestasi mereka tanpa mengamalkan sistem kesebelasan utama.
-----
Razlan teruja dengan podium Morbidelli
Foto - Road Racing World
Prinsipal pasukan MotoGP Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali teruja dengan podium tempat ketiga diraih Franco Morbidelli di Jerez, semalam.
Beliau berharap, mereka dalam mengekalkan momentum itu untuk perlumbaan di Le Mans, Perancis kira-kira dua minggu dari sekarang.
Razlan pada masa sama berharap, sesi ujian di Jerez hari ini dapat mencari penyelesaian buat pelumba berpengalaman, Valention Rossi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm