Berita Terkini
← Back to list
Olahraga & hoki dalam dewan masing-masing sumbang 2 emas.
Dec 11, 2019
Malaysia menutup tirai Sukan SEA Filipina dengan meraih 4 lagi emas!
2 daripadanya hadir menerusi skuad olahraga dalam acara lompat kijang dan lempar cakera.
Foto : Stadium Astro
Atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin pertahankan pingat emas yang dimenanginya sejak edisi 2013.
Manakala Hakimi Ismail raih emas hatriknya dalam acara lompat kijang dengan catatan 16.68 meter.
Foto : Stadium Astro
2 lagi emas disumbangkan oleh skuad hoki dalam dewan negara yang sapu bersih acara lelaki dan wanita.
Malaysia tamatkan saingan di kedudukan ke-5 carta pingat dengan 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa.
Kutipan itu tidak mencapai sasaran awal yang ditetapkan iaitu 70 pingat emas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm