Berita Terkini
← Back to list
PFAM Tak Setuju
Mar 27, 2020
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) tidak setuju dengan cadangan beberapa pasukan yang ingin laksanakan pemotongan gaji pemain ekoran penundaan saingan Liga Malaysia.
Timbalan Presidennya, Shahrom Kalam beritahu kami, ini kerana semua pemain mempunyai komitmen bulanan masing-masing.
Malah, pemotongan gaji tentu sekali merupakan pelanggaran kontrak yang ditandatangani pemain dengan pasukan.
Secara logik katanya, pasukan telah menjimatkan perbelanjaan seperti pengangkutan, logistik, bayaran stadium dan lain-lain ketika penangguhan liga.
Tambah Shahrol Kalam, antara jalan penyelesaian kepada isu ini adalah semua pasukan seharusnya menggunakan geran yang diterima dari Malaysian Football League (MFL) untuk waktu kecemasan sebegini.
Terdahulu, beberapa pasukan kemukakan cadangan tersebut dalam usaha menstabilkan kantung kewangan mereka susulan penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan saingan Liga Malaysia ditunda.
Sementara itu, pengendali Selangor, B.Sathianthan ingatkan pemainya agar kawal berat badan dan kekalkan kecergasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan ketika ini.
Jelasnya kepada Harian Metro, jika ia gagal dilaksanakan, mereka berdepan hukuman pemotongan elaun kerana melanggar peraturan seperti yang ditetapkan dalam kontrak pemain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm