Berita Terkini
← Back to list
PKBM sasar kemenangan peringkat pada LTdL 2019
Apr 03, 2019
Foto - Le Tour de Langkawi 2019
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia tampilkan barisan muda untuk jelajah Le Tour de Langkawi 2019 yang bermula dari ibu negara Sabtu ini.
Menurut PKBM, pihaknya yakin sasaran sekurang-kurangnya satu kemenangan podium pada perlumbaan peringkat, mampu untuk diraih menerusi penampilan Nik Mohd Azwan Zulkiflie.
Foto - Stadium Astro
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, kemenangan Nik Azwan bersama pasukan Forca Amskins pada peringkat perlumbaan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tahun lalu, bukanlah kebetulan atau nasib.
Ini kerana katanya, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berusia 28 tahun itu adalah seorang pelumba yang sangat berpengalaman.
Foto - Le Tour de Langkawi 2018
Tambah Abu Samah, kejuaraan yang diraih oleh Nik Mohd Azwan di Tour of Thailand dan Sukan Sea 2017 turut memberi sedikit keyakinan kepada pelumba berkenaan.
Selain Nik Azwan, skuad berbasikal Malaysia untuk jelajah kali ini turut dibarisi Sofian Nabil Omar, Zamirul Adlisham Zulkefli, Nurfitri Amar Rosli, Shahmir Aiman Abdul Halim dan Azli Najmi Zulkefli.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm