Berita Terkini
← Back to list
Pahang dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama 2 tahun.
Dec 21, 2017
Persatuan Bolasepak Pahang dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019.
Hukuman itu dijatuhkan jawatankuasa tatatertib FAM selepas Pahang enggan bermain pada saingan Piala AFC tahun depan.
Sebelum ini, Pahang dipilih mewakili Malaysia bersama JDT dalam saingan Piala AFC 2018 bagi menggantikan Kedah.
Namun PBNP tolak pelawaan itu dengan alasan ingin fokus kepada pertandingan domestik.
Keputusan ini bagaimanapun boleh dirayu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm