Berita Terkini
← Back to list
Pakistan melengkapkan senarai 7 pasukan dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018.
Dec 26, 2017
Pakistan melengkapkan senarai tujuh pasukan dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018, sekali gus membuka peluang buat skuad kendalian Stephen Van Huizen menyelamatkan maruah dalam saingan membabitkan gergasi dunia, Mac depan.
Persatuan Hoki Perak yang bertindak selaku penganjur menerima permohonan Pakistan pada saat-saat akhir.
Ini bermakna tujuh pasukan melengkapkan cabaran yang turut membabitkan pasukan ranking pertama dunia, Australia, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Argentina, India, England, Ireland dan tuan rumah, Malaysia.
Malaysia tidak pernah menjuarai Piala Sultan Azlan Shah, dengan pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara sebanyak lima kali di samping meraih tangga kelima musim lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm