Berita Terkini
← Back to list
Pasukan Liga-M mula berlatih 15 Jun!
Jun 09, 2020
Foto : Stadium Astro
Pasukan Liga Malaysia akan jalani latihan tanpa sentuhan minggu depan!
Ini selepas Menteri Belia dan Sukan beri kebenaran untuk semua sukan berpasukan dan sukan tempur untuk jalani latihan dengan melakukan penjarakan sosial mulai 15 Jun ini.
Datuk Seri Reezal Merican bagaimanapun tegaskan sukan berkenaan tidak boleh dimainkan secara pertandingan buat masa ini kerana melibatkan sentuhan.
Dalam pada itu, sukan permotoran dibenar untuk kembali beroperasi semula kerana tidak melibatkan kontak secara rapat namun tidak dibenarkan untuk menganjurkan pertandingan bagi mengelakkan himpunan orang ramai.
Foto : Stadium Astro
Sementara itu, FAM akan hantar SOP ketat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk latihan pusat skuad kebangsaan.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata ianya bagi membolehkan pemain skuad Harimau Malaya buat persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan skuad Bawah 19 tahun yang akan beraksi pada pusingan akhir AFC di Uzbekistan, Oktober depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm