Berita Terkini
← Back to list
Pasukan negeri yang terikat dengan syarat pelesenan perlu bentuk pasukan B-17.
Dec 30, 2018
Semua pasukan negeri yang terikat dengan syarat pelesenan kelab dijangka perlu membentuk pasukan B-17 tahun.
Ia berikutan FAM sudah merancang untuk anjurkan Liga Remaja Kebangsaan mulai tahun depan.
Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia, Datuk Richard Scully berkata perkara itu dalam proses perbincangan akhir untuk direalisasikan.
Buat masa ini, hanya dua pasukan iaitu JDT dan Felda United sudah miliki pasukan Bawah 17 dalam saingan Liga Malaysia.
Tan Cheng Hoe terima apa saja keputusan FAM.
Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang akan tamat kontrak esok sedia terima apa saja keputusan FAM berhubung kedudukannya bersama skuad kebangsaan.
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan tentukan nasib Cheng Hoe bulan depan.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusof Mahadi berkata, tiada sebab untuk badan induk itu tidak menyambung kontrak Cheng Hoe selepas dia berjaya bawa skuad negara muncul naib juara Piala AFF 2018.
Kelantan bakal turunkan Yuta Suzuki pada perlawanan pra-musim.
Persatuan Bolasepak Kelantan bakal turunkan pemain import baru dari Jepun, Yuta Suzuki pada perlawanan persahabatan pertama pra-musim menentang Terengganu FC di Kota Bharu, 5 Januari ini.
KAFA juga akan mencuba sekurang-kurangnya lima pemain import pada pertemuan itu bagi mengisi posisi serangan pasukan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm