Berita Terkini
← Back to list
Peluang cerah Petronas Yamaha SRT raih kejuaraan dunia
Oct 26, 2020
Peluang cerah Petronas Yamaha SRT raih kejuaraan dunia
Foto - Petronas Yamaha SRT
Prinsipal pasukan MotoGP Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, peluang masih cerah untuk kedua-dua pelumbanya merebut kejuaraan dunia.
Ini selepas Franco Morbidelli muncul juara GP Teruel semalam dan kini hanya ketinggalan 25 mata di belakang pendahulu, Joan Mir dari pasukan Suzuki.
Rakan sepasukannya, Fabio Quartararo pula yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, kini berada di tangga kedua keseluruhan, ketinggalan 14 mata, berbaki tiga pusingan.
-----
Kasma Daniel akui silap sendiri
Foto - OneXOX TKKR SAG Team
Kesilapan di selekoh pertama litar Aragon punca pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin gagal menamatkan perlumbaan GP Teruel, semalam.
Untuk itu, dia memohon maaf kepada pasukan dan akan terus belajar serta berusaha dengan lebih baik untuk perlumbaan akan datang.
Berbaki tiga pusingan perlumbaan musim ini, pelumba pasukan OneXOX TKKR SAG Team itu masih belum mengutip sebarang mata.
-----
Format kalah mati rancakkan saingan Piala Malaysia - Aidil Sharin
Foto - Berita Harian
Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak sifatkan format kalah mati Piala Malaysia tahun ini akan menambahkan lagi kerancakan yang bakal di tampil semua pasukan berbanding musim sebelumnya.
Pengendali kelahiran Singapura itu berkata, dengan format baru itu, sudah pasti semua pasukan akan turun dengan semangat habis-habisan dalam mencari kemenangan dalam saingan itu nanti.
Tambahnya, pasukan 'underdog' juga dilihat berkemampuan mengejutkan mana-mana pasukan pilihan dan ini boleh berlaku jika tersilap percaturan termasuk gagal membaca kekuatan sebenar pihak lawan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm