Berita Terkini
← Back to list
Pencak Silat sumbang dua perak dan satu gangsa di Sukan Asia
Aug 27, 2018
Pencak Silat sumbang dua perak dan satu gangsa di Sukan Asia
Foto - Stadium ASTRO
Pencak Silat paling produktif menyumbang pingat buat Malaysia pada hari kesembilan Sukan Asia Jakarta Palembang.
Dua pingat perak diraih masing-masing menerusi Al Jufferi Jamari dalam Kelas Putra E serta Faizul Nasir dalam Kelas Putra B
Satu pingat gangsa pula disumbang dalam acara Ganda Putra menerusi gandingan Taqiyuddin Hamid dan Afifi Nordin
-----
Pandalela Rinong tarik diri dari Sukan Asia
Foto - ASTRO Awani
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong tarik diri daripada acara 10 meter platform terjun seirama Sukan Asia Jakarta-Palembang, esok.
Pemangku ketua jurulatih terjun negara, Zhang Yukun memaklumkan, ia gara-gara atlet harapan itu mengalami kecederaan belakang semasa menjalani latihan semalam.
Buat masa ini katanya, Nur Dhabitah Sabri akan turun sebagai pengganti, gandingan yang pernah meraih pingat Sukan Komanwel tempoh hari.
-----
The Speedy Jantan fokus pecah rekod kebangsaan 4x100 meter
Foto - Stadium ASTRO
Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan alih fokus untuk hadapi acara 4x100 meter di Sukan Asia Jakarta Palembang, Khamis ini.
Setelah lepasi sasaran layak ke separuh akhir 100 meter semalam, Khairul kini sasar untuk pecahkan rekod kebangsaan 4x100 meter.
Katanya, tiada sesiapa yang cedera ketika ini cuma mereka akan berbincang dengan jurulatih siapa akan menjadi pelari pertama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm