Berita Terkini
← Back to list
Penjaga Gol Selangor Digantung Lima Perlawanan
Jun 01, 2019
Penjaga gol Selangor, Farizal Harun digantung lima perlawanan serta didenda 5 ribu ringgit.
Ini selepas, dia didapati bersalah menumbuk pemain PKNP ketika aksi Liga Super, 18 Mei lalu.
Sementara itu, pemain Terengganu FC, Igor Zongi digantung tiga perlawanan manakala pemain UiTM FC, Zarko Korac digantung satu perlawanan kerana berkelakuan ganas semasa perlawanan.
Tan Cheng Hoe Yakin Gabungan Pemain Muda Negara
Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akui yakin dengan kemampuan pemain muda negara.
Ini selepas dia senaraikan 11 pemain dari skuad B23 bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Timor Leste, 7 dan 11 Jun Ini.
Tambah Cheng Hoe, gabungan pemain junior dan senior ini membuktikan bahawa skuad negara sentiasa memiliki bakat baharu untuk diketengahkan.
KAFA Tak Bayar Lagi Gaji Mat Yo
KAFA masih belum jawab surat tuntutan pembayaran mencecah 142 ribu ringgit oleh bekas penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat.
Tegasnya, jika masih tidak ada balasan atau penyelesaian, perkara itu akan di rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas hari raya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm