Berita Terkini
← Back to list
Perak tumpaskan Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti untuk menjuarai Piala Malaysia!
Oct 28, 2018
Perak muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-8!
Foto - Berita Harian
Perak muncul juara Piala Malaysia 2018 selepas menumpaskan Terengganu FC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.
Ini selepas kedua-dua pasukan terikat 3 sama sehingga masa tambahan.
Skuad The Bos Gaurus bangkit daripada ketinggalan 0-2, sebelum tonggak tengahnya,Brendan Gan menjaringkan gol pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
TFC berjaya mendahului perlawanan menerusi Mohd Faiz Nasir pada minit ke-96 sebelum Perak menyamakan kedudukan sekali lagi pada minit akhir masa tambahan menerusi gol sendiri pertahanan TFC.
Penjaga gawang Perak, Mohd Hafizul Hakim muncul wira apabila menyelamatkan 2 sepakan penalti TFC untuk bantu skuad The Bos Gaurus menjulang trofi tersebut.
---
Malaysia gagal ke final Trofi Juara-Juara Asia
Foto - Sinar Harian
Malaysia tumpas 1-3 kepada Pakistan dalam aksi shoot out pada aksi separuh akhir kejohanan hoki Trofi Juara-Juara Asia di Oman.
Pengendali skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans akui berbangga dengan semangat juang anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan 1-4 untuk menyamakan kedudukan 4 sama dalam tempoh perlawanan sebenar.
Skuad negara akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga awal pagi esok.
---
Helikopter terhempas selepas Leicester seri 1 sama dengan West Ham
Foto - Independent
Helikopter milik pemilik Leicester City terhempas di luar stadium King Power!
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada pemilik warga Thai itu berada dalam helikopter tersebut atau sebaliknya.
Kejadian itu berlaku selepas Leicester catat keputusan seri 1 sama dengan West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm