Berita Terkini
← Back to list
Perlawanan persahabatan Malaysia bawah 23 lawan Syria ditangguhkan
Jan 05, 2018
Perlawanan persahabatan skuad bawah 23 negara menentang Syria di Nanjing, China yang dijadualkan pukul 4 petang ini ditangguh ke hari esok.
FAM dalam satu kenyataan berkata, ia disebabkan keadaan permukaan padang yang dilitupi salji tebal dan berbahaya kepada para pemain.
Malah, pasukan bawah 23 Syria yang berada di Kunshan juga tidak dapat melakukan perjalanan ke Nanjing kerana jalan ditutup.
Jika tidak dapat diteruskan, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan terus memulakan aksi sulung Kejuaraan AFC bawah 23 bertemu Iraq, Rabu depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm