Berita Terkini
← Back to list
Permulaan baik buat Terengganu FC di Piala Malaysia
Aug 03, 2019
Permulaan baik buat Terengganu FC di Piala Malaysia
Foto - Stadium Astro
Pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain anggap kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia sebagai permulaan baik buat pasukan itu.
Katanya, biarpun kehilangan enam tonggak utama, beliau amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan barisan kedua.
Pada pertemuan di Kuala Terengganu malam tadi, skuad Penyu berjaya menundukkan PKNS FC 3-1 dalam aksi Kumpulan A.
-----
Benjamin Mora tak puas hati!
Foto - Stadium Astro
Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora tidak berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pasukannya biarpun menang 3-1 ke atas UiTM FC dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia.
Katanya, JDT sepatutnya menguasai dan mengawal sebahagian besar permainan tetapi mungkin ada pemain yang tidak berada dalam prestasi terbaik untuk kembali beraksi.
Namun beliau percaya, lebih banyak yang boleh dilakukan oleh skuad Harimau Selatan pada perlawanan akan datang.
-----
Super KIP tarik diri GP Republik Czech
Foto - Petronas Yamaha SRT
Pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing umumkan, pelumba Jerman, Jonas Folger akan menggantikan Khairul Idham Pawi pada GP Republik Czech, hujung minggu ini.
Super KIP terpaksa menarik diri selepas mengadu masih mengalami kesakitan sejurus tamat sesi latihan bebas semalam ekoran kecederaan sebelum ini.
Dia sebelum ini terpaksa berehat panjang dan terlepas enam pusingan perlumbaan selepas terbabit kemalangan pada GP Sepanyol, Mei lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm