Berita Terkini
← Back to list
Piala AFF: Malaysia lawan Myanmar bakal catat kehadiran penyokong tertinggi
Nov 24, 2018
Piala AFF: Malaysia lawan Myanmar bakal catat kehadiran penyokong tertinggi
Foto - Twitter
Aksi terakhir Kumpulan A Malaysia lawan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini bakal memecah rekod kehadiran penyokong tertinggi pada Piala AFF 2018.
Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia mengesahkan lebih 62,000 tiket perlawanan itu sudah pun terjual setakat malam tadi.
Setakat ini, rekod kehadiran tertinggi penonton dipegang Stadium Nasional My Dinh, Hanoi dengan kehadiran 40,000 penyokong.
-----
'Pemain ke-12' motivasi utama Harimau Malaya - Farizal Marlias
Foto - Stadium Astro
Penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias percaya sokongan padu penyokong mampu jadi motivasi utama buat Malaysia yang akan turun bertemu Myanmar, malam ini.
Farizal yakin ia mampu membakar semangat pemain untuk catat kemenangan sekali gus mara ke peringkat separuh akhir.
Tambahnya lagi, kehadiran penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil beri kelebihan buat skuad Harimau Malaya dalam menjayakan misi wajib menang itu.
-----
Johor Darul Ta'zim nafi cuba pancing Akhyar Rashid
Foto - Stadium Astro
Johor Darul Ta'zim sangkal tuduhan kononnya kelab itu berminat untuk menandatangani kontrak dengan pemain Kedah, Akhyar Abdul Rashid tanpa persetujuan Persatuan Bola Sepak Kedah.
Jelas pengarah teknikalnya, Alistair Edwards, JDT tidak pernah tawarkan apa-apa kontrak kepada Akhyar yang masih mempunyai kontrak bersama skuad Lang Merah.
Akhyar telah membawa kesnya ke Persatuan Bola Sepak Malaysia selepas dia dan KFA gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm