Berita Terkini
← Back to list
Piala Malaysia 2018: Dua finalis diundi sekumpulan
Jul 30, 2018
Piala Malaysia 2018: Dua finalis diundi sekumpulan
Dua finalis tahun lalu, JDT dan Kedah diundi dalam Kumpulan C Piala Malaysia 2018 bersama-sama Kelantan dan MIFA.
Juara 33 kali, Selangor pula dalam Kumpulan D bersama juara 2013 dan 2014, Pahang serta PKNP FC dan Sabah.
Perak, Terengganu FC, KL dan Felcra FC dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B menempatkan PKNS FC, Melaka, Felda United dan PDRM.
Boleh ambil pemain naturalisasi - Tun M
Foto - thesundaily
Perdana Menteri berkata, cadangan untuk mengambil pemain naturalisasi bagi skuad bola sepak kebangsaan boleh dilaksanakan.
Namun jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu tidak seharusnya mengabaikan terus pemain tempatan.
FAM sebelum ini cadang ambil pemain naturalisasi sebagai salah satu mekanisme menambah baik prestasi skuad kebangsaan.
Datuk Lee Chong Wei memang sakit
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nafi keluarkan kenyataan kontroversi berhubung penarikan diri Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia.
Katanya kepada BHOnline, beliau sendiri ada bertemu Chong Wei, minggu lalu dan ikon badminton negara itu memang alami masalah pernafasan.
Terdahulu, ada khabar angin yang mendakwa kononnya Chong Wei menarik diri disebabkan akaun banknya dibekukan kerana dikaitkan dengan 1MBD.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm