Berita Terkini
← Back to list
Piala Malaysia 2019: Pahang, Kedah menang bergaya
Aug 04, 2019
Piala Malaysia 2019: Pahang, Kedah menang bergaya
Foto - FA Pahang
Pahang buka tirai kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Kumpulan C, malam tadi.
Juara Piala FA, Kedah turut bermula garang dengan menundukkan Negeri Sembilan juga 3-1 dalam saingan Kumpulan A.
Dalam aksi Kumpulan D, Felda United bangkit untuk ikat Selangor 2-2 manakala saingan Kumpulan C berkesudahan PJ City FC kalankan PKNP FC 2-1.
-----
B. sathianathan akui silap percaturan
Foto - Stadium Astro
Jurulatih Selangor, B. Sathianathan akui silap percaturan selepas terikat 2-2 dengan Felda United pada aksi sulung Kumpulan D Piala Malaysia, malam tadi.
Katanya, kelekaan pemain yang tidak tumpukan perhatian untuk kawal pemain lawan menyaksikan kelebihan dua gol disia-siakan begitu sahaja.
Namun, beliau yakin Red Giants akan bangkit dalam lima perlawanan akan datang dan menunjukkan persembahan yang lebih baik.
----
Nidzam Jamil tak percaya kebangkitan The Fighters
Foto - Stadium Astro
Sementara itu, pengendali Felda United, Nidzam Jamil memuji semangat ditunjukkan oleh anak buahnya untuk bangkit daripada ketinggalan.
Malah, beliau sendiri seakan tidak percaya The Fighters mampu melakukannya apatah lagi bermain di gelanggang lawan.
Tambah bekas pemain kebangsaan itu lagi, mungkin pada separuh masa pertama anak-anak buahnya kurang fokus sehingga mudah dibolosi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm