Berita Terkini
← Back to list
Piala Malaysia ditunda ke hujung bulan
Oct 08, 2020
Saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula 16 Oktober ini terpaksa ditunda ke 25 Oktober.
Liga Bolasepak Malaysia berkata ia ekoran pindaan yang terpaksa dibuat untuk aksi terakhir Liga Super hujung minggu ini.
Foto : Stadium Astro
CEOnya, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan perlawanan antara Perak dengan Kedah dan Terengganu FC dengan Pahang yang dijadual berlangsung Sabtu ini ditunda ke Ahad.
Manakala aksi antara Sabah dengan UiTM FC di Stadium Likas belum ditetapkan kerana Kota Kinabalu masih kekal zon merah COVID-19.
Pindaan tersebut menyaksikan undian saingan Piala Malaysia yang dijadual berlangsung 12
Oktober ditunda ke 19 Oktober.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm