Berita Terkini
← Back to list
Piala Sultan Azlan Shah ditunda!
Mar 03, 2020
Foto : Stadium Astro
Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsung bulan depan telah ditunda kepada 24 September.
Keputusan itu dibuat ekoran kebimbangan penularan wabak COVID-19 bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.
Penganjur kejohanan turut memohon maaf atas penjadualan semula kejohanan tersebut namun menegaskan ia merupakan langkah terbaik untuk semua pihak.
Sebelum ini, Konfederasi Hoki Malaysia mengesahkan 6 pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk kejohanan itu termasuk Australia, Kanada dan Jepun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm