Berita Terkini
← Back to list
Piala Tun Sharifah Rodziah ditunda
Sep 28, 2020
Piala Tun Sharifah Rodziah ditunda
Foto - Football Association of Malaysia
Persatuan Bola Sepak Malaysia ambil keputusan menangguhkan Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah pada November ini ke tahun hadapan ekoran pandemik COVID-19.
Menurut FAM, keputusan itu terpaksa diambil oleh badan induk berkenaan setelah mengambil kira kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat dengan kejohanan itu.
Pihaknya optimis aktiviti bola sepak wanita di negara ini akan kembali rancak pada tahun depan menerusi peruntukan tambahan disalurkan FIFA kepada bola sepak wanita di peringkat global.
-----
JDT sabar menanti gelaran Liga Super ketujuh
Foto - Stadium Astro
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan mengambil mudah ketika pertemuan dengan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
Jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, Sabah mampu untuk menggagalkan peluang mereka menjulang piala itu Jumaat ini jika pemain Harimau Selatan melakukan kesilapan mudah.
JDT kini mendahului kedudukan Liga Super dengan mengumpulkan 23 mata daripada sembilan perlawanan dan cuba perlukan seri untuk muncul juara Liga Super kali ketujuh berturut-turut.
-----
Pembinaan infrastruktur SUKMA Kelantan bermula tahun depan
Foto - Selangor Journal
Kerja-kerja pembinaan empat infrastruktur utama sebagai persediaan penganjuran temasya SUKMA 2024 di Kelantan dijangka dimulakan tahun depan.
EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, empat kemudahan tersebut ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome.
Selain itu, Majils Sukan Negeri (MSN) Kelantan juga sudah diminta menyediakan satu pelan pembangunan atlet agar negeri itu turut menjuarai beberapa sukan pilihan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm