Berita Terkini
← Back to list
Podium berganda buat TSG pada peringkat ke-6 LTdL 2019
Apr 11, 2019
Foto - ltdlangkawi
Dua pelumba Terengganu Cycling Team berjaya meraih kedudukan podium pada peringkat ke-6 Le Tour de Langkawi dari Bagan ke Alor Setar, hari ini.
Pelumba kelahiran Algeria, Youcef Reguigui duduki tempat kedua manakala juara peringkat kedua, Hariff Saleh di kedudukan ketiga.
Foto - ltdlangkawi
Perlumbaan sekali lagi dimenangi pelumba Itali, Matteo Pelucchi yang muncul juara peringkat ke-5 dari Tanjung Malim ke Taiping, semalam.
Tiada perubahan dalam senarai penyarung jersi dengan Benjamin Dyball kekal pendahulu keseluruhan, Travis McCabe (Raja Pecut), Angus Lyons (Raja Bukit) dan Vadim Pronskiy (Terbaik Asia)
Foto - naturallangkawi
Peringkat ke-7 perlumbaan esok bakal menyaksikan para pelumba mengelilingi pulau legenda, Langkawi bermula dari Pantai Cenang dan kembali ke garisan permulaan sejauh 106.8 kilometer.
Tiga zon pecutan ditawarkan di Nyior Chabang, Telaga Harbour dan Padang Matsirat serta dua zon pecutan di Bukit Beringin dan Telaga Harbour.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm