Berita Terkini
← Back to list
Presiden FAM tarik diri bertanding jawatan AFC
Apr 02, 2019
Foto - Stadium Astro
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin tarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden Zon ASEAN Konfederasi Bola Sepak Asia.
Beliau sebaliknya mahu memberi tumpuan terhadap jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal 2019-2023 pada kongres ke-29 badan itu yang berlangsung di ibu negara, Sabtu.
Foto - Chin 7 News
Hamidin yang memimpin FAM sejak Julai lalu, turut menyatakan sokongan padu kepada Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar, Zaw Zaw untuk jawatan naib presiden tersebut.
Apa yang menjadi keutamaan katanya adalah jalinan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan persatuan anggota AFF.
Foto - Stadium Astro
Kongres AFC kali ini juga bakal menyaksikan Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mempertahankan kerusi Presidennya tanpa bertanding.
Ini selepas dua pencabarnya, Mohammad Khalfan Al Romaithi dari Emiriah Arab Bersatu dan Saoud Al Mohannadi dari Qatar menarik diri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm