Berita Terkini
← Back to list
Presiden PKBM dibebaskan oleh SPRM.
Feb 02, 2020
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dibebaskan semalam selepas 4 hari ditahan SPRM ekoran salah guna kuasa.
Datuk Abu Samah Abd Wahab ditahan bagi bantu siasatan pemberian kontrak lebih RM300,000 babitkan beberapa projek persatuan yang diterajuinya.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan, SPRM akan panggil lebih ramai individu penting PKBM yang turut disyaki terlibat dalam kes berkenaan dalam masa terdekat.
MOM akan pertahankan pingat emas Izzah Amzan pada Sukan SEA Filipina.
MOM hantar surat kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina bagi pertahankan pingat emas yang dimenangi gimnas negara, Izzah Amzan.
Ini selepas penganjur buat kejutan apabila menarik balik pingat atlet itu menerusi kenyataan di laman sesawang Sukan SEA 2019, baru-baru ini.
Pahang tangguh latihan di luar negara bagi elak koronavirus.
Skuad Tok Gajah tangguh perancangan untuk mengadakan aksi pramusim di luar negara ekoran penularan wabak koronavirus.
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang berkata mereka sepatutnya jalani latihan di luar negara awal bulan ini namun ditangguhkan demi keselamatan pemain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm