Berita Terkini
← Back to list
Prestasi Petronas Yamaha SRT dipuji
Aug 26, 2019
Prestasi Petronas Yamaha SRT dipuji
Foto - Petronas Yamaha SRT
Ketua pasukan MotoGP Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali puas hati dengan pencapaian pasukan itu pada GP Britain, semalam.
Katanya, beliau gembira dengan pencapaian Franco Morbidelli menduduki tangga kelima yang juga keputusan terbaiknya dalam MotoGP musim ini.
Bercakap mengenai Fabio Quartararo pula Razlan berkata, ia adalah kemalangan yang tidak diingini selepas dia menunjukkan prestasi hebat sepanjang minggu.
-----
Skuad boling wanita tidak melatah
Foto - Berita Harian
Pengurus pasukan boling wanita negara, Maradona Chok tidak melatah dengan kegagalan skuad negara layak ke separuh akhir, Kejohanan Boling Wanita Dunia di Las Vegas.
Sebaliknya, beliau melihat para pemain semakin selesa dengan corak minyak dan mempamerkan peningkatan selepas hambar dalam acara perseorangan pada Sabtu.
Tambah Chok, di sebalik kegagalan hari ini, pasukan negara akan bangkit semula esok dalam acara trio dan mereka akan meneruskan perjuangan.
-----
Fazriq Razif tak tahu pilih mana satu
Foto - Free Malaysia Today
Bintang muda negara, Muhammad Fazriq Razif masih buat keputusan sama ada mahu melebarkan sayap dalam acara perseorangan lelaki atau beregu.
Katanya, masih terlalu awal sama ada ikut jejak langkah bapa saudaranya Datuk Misbun Sidek atau jejak bapanya Datuk Razif.
Sebaliknya kata Fazriq, dia fokus kepada kedua-dua acara kerana masih muda dan mahu dapatkan pengalaman baru.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm