Berita Terkini
← Back to list
Prestasi atlet perlu diambil kira
Jul 22, 2020
Foto : Stadium Astro
Kesatuan Olahraga Malaysia bimbang sasaran meraih gelaran hatrik 'Raja Pecut Asia Tenggara' pada Sukan SEA Vietnam tahun depan terjejas.
Ini selepas Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara sarankan menghantar atlet muda ke temasya tersebut.
Foto : Stadium Astro
Jurulatih pecut negara, M. Balamurugan bagaimanapun berkata mungkin seorang atlet senior dan seorang atlet remaja akan dihantar untuk setiap acara pada Sukan SEA Vietnam.
Jelasnya, prestasi atlet perlu diambil kira bagi membolehkan hanya atlet yang benara-benara layak, menyertai temasya itu.
Foto : Stadium Astro
Terdahulu, Malaysia muncul juara acara pecut 100 meter lelaki 2 kali berturut-turut menerusi Khairul Hafiz Jantan pada 2017 dan Haiqal Hanafi tahun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm