Berita Terkini
← Back to list
Program latihan Road To Tokyo ditangguh seminggu
May 28, 2020
Program latihan pusat Road To Tokyo di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil ditunda ke 8 Jun ini!
Majlis Sukan Negara berkata ini kerana bangunan Casa 1 yang akan digunakan sebagai tempat penginapan atlet perlu jalani proses nyah kuman terlebih dahulu selepas digunakan sebagai salah satu pusat kuarantin COVID-19.
Foto : Stadium Astro
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail bagaimanapun menjelaskan skuad badminton danskuad pelayaran tetap akan memulakan latihan mulai 1 Jun ini.
Tambahnya, ini kerana mereka hanya menggunakan Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm