Berita Terkini
← Back to list
Promoter LTDL 2019 dijangka diketahui Jumaat ini
Jan 23, 2019
Foto - baikbike.com
Nama syarikat pengurusan yang memenangi tender untuk menganjurkan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2019 akan diumumkan selewat-lewatnya Jumaat ini.
Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, promoter terbabit adalah satu daripada lima syarikat yang menghadiri sesi temu duga dan membentangkan kertas kerja kepada panel pemilihan.
Foto - baikbike.com
Keputusan itu dibuat selepas semua pihak berkepentingan puas hati dengan penerangan, jaminan dan keupayaan syarikat terbabit
Menurut Lokman, pihaknya tidak boleh menunda LTdL 2019 kerana ia sudah dimasukkan dalam kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.
Foto - Stadium Astro
Dalam pada itu menurut Berita Harian, bekas Ketua Pegawai Operasi LTdL 2018, M Kumaresan mengesahkan syarikat Ciclista Sports Sdn Bhd, tidak menawarkan diri untuk jadi penganjur kali ini.
Jelas Kumaresan, pihaknya tidak berminat menjadi syarikat pengurus acara LTdL 2019 kerana masa terlalu suntuk dan enggan mengambil risiko.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm