Berita Terkini
← Back to list
Red Giants sambar pemain pertahanan Vietnam, Michal Nguyen
Jan 16, 2019
Foto - FOX Sports Asia
Selangor melengkapkan kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia 2019 apabila sah menandatangani pemain pertahanan dari Vietnam, Michal Nguyen.
Pemain berusia 29 tahun itu merupakan kelahiran Republik Czech yang beraksi dengan pasukan kebangsaan Vietnam.
Foto - Stadium Astro
Nguyen dedahkan beliau gembira bermain dengan Selangor dan berharap dapat membantu skuad Red Giants untuk mengembalikan kegemilangannya.
Tambahnya, ia adalah satu penghormatan dapat bermain untuk Selangor yang meraih pelbagai kejayaan dalam aksi bola sepak tempatan.
Foto - Stadium Astro
Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain import iaitu Endrick dos Santos dari Brazil, Antonio Timothy German dari Granada dan Taylor Regan dari Australia
Naib juara Piala FA itu juga bersetuju mengekalkan khidmat penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia del Burgo dari Sepanyol.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm