Berita Terkini
← Back to list
SIC mahu lanjut kontrak MotoGP sehingga 2026
May 25, 2019
Foto - Sepang Circuit
Litar Antarabangsa Sepang sedang dalam perbincangan untuk melanjutkan kontrak Grand Prix Motosikal Malaysia sehingga tahun 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata perbincangan dengan pemegang hak penganjuran MotoGP iaitu Dorna diawalkan biarpun kontrak sedia ada masih berbaki dua tahun lagi.
Foto - GP Malaysia
Ini kerana beliau tidak mahu SIC ketinggalan daripada sudut kontrak, yuran ataupun hak penganjuran selepas terdapat dua atau tiga lagi negara yang berminat menganjurkan MotoGP.
Antaranya, Finland yang dijadualkan sertai kalendar perlumbaan musim depan selain Indonesia pada 2021 dan kemungkinan Vietnam pada masa akan datang.
Foto - RaceFans
Justeru katanya, perbincangan lebih awal itu bagi melihat dan menilai sebarang kos baru dalam penganjuran MotoGP.
Kontrak sedia ada ketika ini ditandangani untuk tempoh lima tahun pada Oktober 2016, bermula dari tahun 2017 sehingga 2021.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm