Berita Terkini
← Back to list
SUKMA Johor 2020 dibatalkan
Nov 09, 2020
SUKMA Johor 2020 dibatalkan
Foto - SUKMA Johor
Kementerian Belia dan Sukan umumkan, temasya SUKMA dan Para SUKMA 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor tahun depan dibatalkan.
Keputusan itu mengambil kira beberapa faktor antaranya ketidaktentuan dalam penularan wabak COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga, ketika ini.
Johor kini ditawarkan semula untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada tahun 2022 manakala Kelantan akan menjadi hos pada 2026.
-----
TFC akur jika Piala Malaysia jadi korban COVID-19
Foto - Berita Harian
Terengganu FC tetap buat persediaan sepeti biasa untuk aksi suku akhir Piala Malaysia bertemu Perak biarpun nasib kejohanan itu kini jadi tanda tanya.
Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh semenanjung kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang yang bermula hari ini.
Jurulatihnya, Nafuzi Zain tetap menerima dengan hati yang terbuka jika saingan edisi ke-99 itu menjadi korban ekoran pandemik Covid-19.
-----
Feichtenbeiner puji karakter Red Giants
Foto - Vocket FC
Jurulatih Selangor, Micheal Feichtenbeiner puji pemainnya selepas mara ke suku akhir Piala Malaysia walaupun ditentang hebat Melaka United.
Baginya, saingan malam tadi amat sengit dan kompetitif tambahan padang basah yang menyaksikan kawalan bola yang sedikit sukar.
Tambahnya lagi, biarpun tidak pamerkan corak sebenar pasukan kerana lebih banyak bertahan, keputusan perlawanan amat penting pada saingan kalah mati ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm