Berita Terkini
← Back to list
SUKMA Johor ditunda!
Mar 25, 2020
SUKMA Johor ditunda!
Foto - SUKMA Johor
SUKMA Johor 2020 Julai depan serta Para SUKMA Johor selepas itu sah ditangguhkan ekoran kebimbangan penularan pandemik COVID-19.
Kementerian Belia dan Sukan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak terlibat.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA juga mencadangkan dua tarikh baru penganjuran, iaitu pada Disember 2020 ataupun dianjakkan ke 2021.
-----
Azizulhasni Awang ambil positif penangguhan Olimpik Tokyo
Foto - The Star
Azizulhasni Awang melihat penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu peluang terbaik untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Jijoe menegaskan, beliau sudah mempunyai ‘resipi rahsia’ untuk mencapai kejayaan pada temasya sukan terbesar dunia itu nanti.
Buat masa ini katanya, dia dan jurulatih, John Beasley akan merangka pelan perancangan baru dalam usaha memantapkan pasukan.
-----
Datuk Malek Noor rayu masyarakat ikut arahan PKP
Foto - Stadium Astro
Bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor tampil rayu masyarakat beri kerjasama penuh terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Juara Asia enam kali itu mahu orang ramai mengambil serius bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat dihentikan dengan seberapa segera.
Beliau turut merayu jemaah tabligh dalam perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada akhir Februari lalu, tampil membuat saringan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm