Berita Terkini
← Back to list
Safawi layak main di Eropah - Kim Swee
Aug 26, 2020
Safawi layak main di Eropah - Kim Swee
Foto - New Straits Times
Bekas ketua jurulatih skuad bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee sifatkan, bintang JDT, Safawi Rasid sudah bersedia dan layak beraksi di pentas liga utama Eropah.
Menurut Kim Swee, pemain yang dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 dan 2019 itu memiliki standard serta kemampuan kembangkan bakatnya ke peringkat lebih tinggi.
Skuad Harimau Selatan semalam mengesahkan menerima tawaran rasmi untuk Safawi daripada kelab liga utama Portugal, Portimonense SC dan bersedia melepaskan anak jati Dungun berusia 23 tahun itu.
-----
KAFA tagih bantuan teruskan kelangsungan
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini menagih sokongan dana daripada penaja bagi meneruskan kelangsungan persatuan itu yang kini berdepan masalah kewangan.
Timbalan Pengerusi Penajaan, Datuk Ir Shamin Fahmin Hassan berkata, pihaknya amat optimis dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh memberikan kelegaan buat para pemain dan pegawai skuad The Red Warriors (TRW).
Ketika ini, isu pembelian TRW oleh pakar pelaburan, Norizam Tukirman masih tergantung dan kedua-dua pihak mengambil pendekatan kunci mulut berhubung isu itu.
-----
SuperKIP selamat jalani pembedahan jari
Foto - Petronas SRT
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi selamat jalani pembedahan jari kelengkeng kanannya ekoran kemalangan pada GP Republik Czech, baru-baru ini.
SuperKIP akui pembedahan itu adalah jalan terbaik agar ia tidak berlarutan sekaligus bantu dia kembali fokus berlumba menjelang GP San Marino, bulan depan.
Ini merupakan pembedahan kedua ke atas jari pelumba Petronas Sprinta Racing itu selepas pembedahan pertama di Sepanyol pada Ogos tahun lepas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm