Berita Terkini
← Back to list
Safee Sali dilantik Presiden PFAM
Nov 06, 2019
Safee Sali dilantik Presiden PFAM
Foto - Stadium Astro
Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali dilantik sebagai Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia yang baru, menggantikan Hairuddin Omar.
Turut menganggotai jawatankuasa 2019-2021 itu ialah pemain Selangor, Razman Roslan selaku Setiausaha dan penjaga gol JDT, Farizal Marlias sebagai Bendahari.
Antara yang dilantik sebagai exco adalah pemain Perak, Shahrul Saad, penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak.
-----
Juara Piala Malaysia bakal terima insentif
Foto - Harian Metro
Kerajaan negeri Johor akan memberi insentif kepada pasukan JDT yang memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu lalu.
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk insentif tersebut dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.
Pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Selatan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Kedah 3-0.
-----
Apex kekal bersama Melaka United
Foto - Melaka United
Penjaga gol kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kekal bersama pasukan Melaka United bagi harungi saingan Liga Malaysia, musim depan.
Persatuan Bolasepak Melaka United berkata, Khairul Fahmi terus menjadi tunjang skuad Hang Tuah kerana dia masih memiliki kontrak sehingga 2020.
Dua pemain import musim ini yang tidak dinamakan juga akan kekal bersama Melaka United sementara yang lain tiada dalam perancangan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm