Berita Terkini
← Back to list
Saingan Suku Akhir Piala Malaysia Minggu Ini Ditangguhkan.
Nov 10, 2020
Saingan suku akhir Piala Malaysia yang dijadualkan minggu ini terpaksa ditangguhkan!
Ini selepas Majlis Keselamatan Negara menolak permohonan Kementerian Belia dan Sukan bagi pihak FAM dan MFL meneruskan kejohanan tersebut di Pahang dan Kelantan.
Cadangan itu dikemukakan kerana kedua-dua negeri tersebut tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat,PKPB sehingga 6 Disember depan seperti yang diumumkan kerajaan.
Dalam pada itu, FAM menyerahkan kepada MFL untuk membuat keputusan muktamad sama ada saingan tersebut perlu diteruskan atau sebaliknya.
Sementara itu, ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid bimbang jika Piala Malaysia ditunda melepasi bulan depan.
Jelasnya kepada Nadi Arena, ia akan menyukarkan urusan kontrak pemain dan pegawai pasukan yang kebanyakannya akan tamat bulan depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm