Berita Terkini
← Back to list
Selangor mungkin dapat diskaun.
Jan 28, 2020
Foto : Facebook FA Selangor
FA Selangor mungkin terima diskaun untuk bayaran denda 300 ribu ringgit kepada penganjur sebuah kejohanan persahabatan di China.
Setiausaha Agungnya beritahu BH, perbincangan masih dijalankan dengan penganjur berkenaan berhubung jumlah sebenar yang perlu dibayar.
Ini selepas The Red Giants tarik diri daripada kejohanan itu atas faktor keselamatan pemain dan pegawai pasukannya berhubung penularan coronavirus di negara itu.
Kejohanan yang dijadualkan berlangsung Jumaat lalu itu akhirnya dibatalkan atas faktor keselamatan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm