Berita Terkini
← Back to list
Semangat baru Datuk Lee Chong Wei
Nov 08, 2018
Semangat baru Datuk Lee Chong Wei
Foto - Stadium Astro
Datuk Lee Chong Wei yang baru pulih daripada rawatan kanser hidung peringkat awal umumkan, beliau kini bebas kanser.
Katanya, beliau baru sahaja pulang dari Taiwan untuk pemeriksaan dan selepas dapatkan nasihat doktor, beliau buat keputusan untuk teruskan kerjaya badmintonnya.
Mlah beliau jangkakan akan kembali ke gelanggang bulan depan dan mungkin sertai kejohanan All England, Mac nanti.
Tambah Chong Wei lagi, beliau juga akan cuba kembali ke ranking 16 terbaik dunia untuk buat penampilan pada Olimpik Tokyo 2020.
-----
Mohamadou Sumareh teruja beraksi di Piala AFF
Foto - Stadium Astro
Pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh sifatkan kekuatan barisan negara dalam saingan Piala AFF kali ini adalah hubungan kekeluargaan yang mereka miliki.
Jelas Sumareh, setiap pemain dalam skuad negara mengetepikan semangat kenegerian dan kelab apabila berada dalam skuad kebangsaan.
Malah katanya, dia teruja menjelang aksi sulung menentang Kemboja selepas membentuk keserasian yang baik bersama rakan sepasukan.
-----
KAFA dikritik netizen
Foto - Kelantan FA
Persatuan Bola Sepak Kelantan dikritik netizen kerana menolak penajaan daripada sebuah syarikat minuman tenaga.
Ada netizen menyifatkan KAFA bersikap 'jual mahal' selepas surat penolakan tajaan 500 ribu ringgit itu viral di media sosial.
KAFA sebaliknya jelaskan dalam surat tersebut, jenama syarikat terbabit tidak bersesuaian dengan imej badan induk itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm