Berita Terkini
← Back to list
Semua pemain dan pegawai Liga M perlu terus patuhi SOP.
Jul 26, 2020
Patuhi SOP yang ditetapkan!
Itu nasihat Ketua Pegawai Eksekutif Liga MFL kepada semua pemain dan pegawai Liga M agar tidak terdedah dengan jangkitan Covid-19.
Jelas Datuk Ab Ghani Hassan, setakat ini semua pasukan patuhi SOP semasa latihan dengan baik namun, ianya perlu diteruskan ketika berada di luar pasukan memandangkan saingan Liga M akan bermula tidak lama lagi.
Ini selepas seorang pemain Kuching FA disahkan positif wabak itu.
Pemain itu bertugas di Hospital Sentosa dan tergolong daripada kluster Hospital Sentosa.
Dalam perkembangan berkaitan, semua pemain, pengurusan staf kejurulatihan Kuching FA diarah menjalani kuarantin diri di rumah.
Presidennya, Fazzrudin Abdul Rahman berkata pejabat persatuan itu juga sudah ditutup dan menjalani proses sanitasi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm